top of page

SPD Tech Valley terima pensijilan emas LEED

SPD Tech Valley terima pensijilan emas LEED

Kawasan dibangun Kumpulan Seri Pajam Development jadi taman industri terurus pertama di Negeri Sembilan.


Seremban: Kawasan perindustrian baharu SPD Tech Valley di Senawang di sini, yang dibangunkan oleh Kumpulan Seri Pajam Development, menjadi taman pe- rindustrian terurus (MIP) pertama di Negeri Sembilan.


Ketua Pegawai Eksekutif Seri Pajam Development Sdn Bhd, Ten Wee Seong, berkata kawasan perindustrian itu didaftarkan dan menjadi taman industri pertama di Asia Tenggara yang menerima pensijilan emas Kepimpinan Dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar (LEED).


Beliau berkata, kerja tapak untuk projek di kawasan seluas 211 hektar itu yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3 bilion, sudah bermula dan akan dibina secara berperingkat, dengan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“SPD Tech Valley bukan saja satu kawasan perindustrian pintar di Malaysia dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI), ia juga taman perindustrian terurus pertama di Negeri Sembilan.


“Kawasan perindustrian ini sudah didaftarkan dan akan menjadi taman industri pertama di Asia Tenggara yang menerima sijil emas dalam LEED.


“Komitmen terhadap penca- paian pensijilan LEED dan Gre- enRE menunjukkan kesungguhan kami dalam membangunkan kawasan perindustrian yang fokus kepada persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) berorientasikan ke arah keperluan pela-bur,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah projek itu di sini, baru-baru ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri

Aminuddin Harun.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim; EXCO Perindustrian negeri, Teo Kok Seong dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Seri Pajam Development Group, Datuk Ten Ah Man.


Sedia infrastruktur inovatif

Wee Seong berkata, SPD Tech Valley bukan saja kawasan perindustrian yang menyediakan tanah dan kilang siap, tetapi turut dilengkapi kemudahan lain termasuk Pusat Penempatan Pekerja Asing (CLQ) yang menyediakan 5,000 katil.


“Ia juga mengandungi pusat komersial, pusat sokongan bisnes dilengkapi hotel dan kemudahan sukan serta gudang pintar seluas sejuta kaki persegi untuk mendukung keperluan pengendali di kawasan perindustrian ini.


“Pihak kami bertekad untuk menyediakan infrastruktur yang tidak hanya unggul, tetapi juga inovatif.


“Kawasan perindustrian ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd supaya dapat menjamin pengurusan yang profesional dan berorientasikan keahlian dalam setiap industri,” katanya.


business operations and accelerates growth, particularly for industries specializing in semiconductor, electrical and electronics, renewable energy, engineering, food & beverage and automotive.




bottom of page